suria

Putera Harry Dinobat 'Most Eligible Bachelor'

PUTERA Raja Britain, Putera Harry dinamakan sebagai 'Most Eligible Bachelor' di dunia, mengatasi bintang sukan dan pelakon termasuk George Clooney dan Jack Nicholson.

Adik kepada Putera William itu yang kini berada di Afghanistan bagi menjalani khidmat ketenteraan sebagai juruterbang helikopter Apache, mengisi senarai teratas 40 pencalonan bagi kategori yang disusun oleh sebuah majalah di Amerika, Town & Country.

Harry mengungguli kedudukan teratas mengatasi beberapa bintang terkemuka Hollywood.

Majalah tersebut turut menyenaraikan beberapa calon kerabat diraja di Eropah termasuk Putera Philippos (Greece dan Denmark), Putera Carl Philip (Sweden) dan Putera Amedeo (Belgium).

Turut mengisi senarai teratas adalah, bintang golf Adam Scott, pemain bola sepak Amerika Tim Tebow dan pemain bola keranjang, Jeremy Lin.

Selain itu, bekas kekasih penyanyi Taylor Swift turut tersenarai.

Artikel Berikut

Artikel Lain