suria

Datuk Bandar Guatemala Mati Ditembak

GUATEMALA CITY: Datuk Bandar Jutiapa, Carlos Castilo dilaporkan meninggal dunia selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata di timur negara Amerika Tengah.

Pembunuh berlaku pada hari yang sama Presiden Otto Perez Molina mengumumkan penurunan kadar keganasan pada tahun pertama pemerintahan beliau di Guatemala.

Dalam ucapannya, kes pembunuhan di negara itu menurun kira-kira 10 peratus.

Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Bandar Carlos Castillo Medrano ditembak mati di sebuah kedai gunting rambut, pada Selasa.

Beliau adalah abang kepada Manuel de Jesus Castillo, bekas ahli kongres yang dituduh atas tuduhan terbabit dengan kumpulan pengedaran dadah. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain