suria

Continental Capai Jualan Sehingga AS$43.7 Bilion Bagi Tahun 2012

FRANKFURT: Pembuatan alat-alat automotif dan tayar Jerman - Continental, mencatat jualan sehingga AS$43.7 bilion bagi tahun 2012 iaitu melepasi sasaran yang ditetapkan.

Bagaimanapun firma itu memberi indikasi awal yang angka jualan yang luar biasa itu tidak mungkin akan dapat diulangi bagi tahun ini.

Pencapai itu menurut Continental adalah peningkat sebanyak tujuh peratus berbanding jualan pada tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elmar Degenhart berkata mereka menjangkakan industri automobil akan menurun sedikit tahun ini dan oleh yang demikian mensasarkan peningkatan penjualan pada kadar lima peratus sahaja.

Artikel Berikut

Artikel Lain