suria

Samsung: Jualan Telefon Pintar Galaxy S Cecah 100 Juta Unit Di Seluruh Dunia

SEOUL: Samsung Electronics pada Isnin mengumumkan bahawa jualan telefon pintarnya paling popular - Galaxy S - di seluruh dunia telah mencecah 100 juta unit.

Telefon itu dilancarkan pada 2010.

Menurut Samsung, Galaxy S generasi pertama mencatatkan jualan di seluruh dunia sehingga 25 juta unit.

Galaxy S II pula yang dilancarkan pada April 2011 telah mencatatkan jualan di seluruh dunia sebanyak 40 juta unit.

Manakala Galaxy S III turut mencatatkan jumlah jualan sebanyak 40 juta unit selepas berada di pasaran mulai Mei tahun lalu.

Samsung telah menyaksikan penguasaan pasarannya telah meningkat dengan agresifnya pada suku ketiga tahun lalu dengan mencatat 31.3 peratus.

Pada tahun 2009, penguasaan pasarannya dalam kategori telefon pintar hanyalah sekadar 3.3 peratus sahaja.

Artikel Lain