suria

Ribuan Rakyat Rusia Bantah Undang-Undang Larangan Baru Pengambilan Anak Angkat

MOSCOW: Kira-kira hampir 20,000 orang berarak di Moscow pada Ahad sebagai membantah undang-undang baru di Rusia yang melarang rakyat Amerika daripada mengambil kanak-kanak di Rusia sebagai anak angkat.

Para peserta perhimpunan membawa poster Presiden Vladimir Putin.

Larangan tersebut mencetuskan kemarahan rakyat golongan pertengahan dan profesional yang turut mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan ingin menamatkan era pemerintahan Putin selama 12 tahun pada musim sejuk lalu.

Mereka yang membantah larangan itu menyifatkan undang-undang tersebut cuba menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa untuk kepentingan politik.

Susulan itu, para peserta perhimpunan menjadikan larangan tersebut sebagai bukti kukuh bahawa Putin hilang nilai moral untuk memerintah Rusia.

Artikel Lain