suria

Pengeluaran, Jualan Kenderaan China Pecah Rekod Dunia

BEIJING: Pengeluaran kenderaan China pada 2012 mencecah 19.27 juta sementara jualan mencatatkan 19.3 juta, masing-masing satu peningkatan 4.6 peratus dan 4.3 peratus tahun ke tahun.

Pengeluaran dan penjualan kenderaan negara itu memecahkan satu lagi rekod dunia untuk kali keempat berturut-turut, lapor China Daily.

Sementara itu, data daripada Persatuan Pengilang Automobil China menunjukkan negara itu mengeluarkan 15.52 juta kereta penumpang pada 2012, naik 7.2 peratus tahun ke tahun sementara jualan mencecah 15.49 juta, naik 7.1 peratus daripada satu tahun lepas.

"Ini adalah kali pertama pengeluaran dan penjualan kereta penumpang mengatasi 15 juta," katanya.

Ia berkata di kalangan kereta penumpang, jualan model salun mencecah 10.74 juta, satu peningkatan 6.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2011 dan menyumbang 60.8 peratus kepada pertumbuhan jualan kereta penumpang.

Jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) mencecah 200 juta, naik 25.5 peratus tahun ke tahun dan menyumbang 39.7 peratus kepada pertumbuhan jualan . -BERNAMA

Artikel Lain