suria

Penerbangan Tambah Murah Garuda Pesan 25 Pesawat Baru A320neo

PARIS: Citilink, cabang penerbangan tambang murah milik Garuda telah memesah sebanyak 25 buah pesawat termoden Airbus - A320neo dengan nilai katalog berjumlah AS$2.4 bilion, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Airbus pada Isnin.

Pada 2011, Garuda telah pun membuat pesanan ke atas 15 buah pesawat dari jenis yang serupa.

Pesawat baru ini dijangka menyertai perkhidmatan Citilink pada tahun 2015.

Pesawat A320neo, adalah versi baru pesawat Airbus yang menggunakan bahan api yang rendah - sekaligus menjadi pilihan popular kebanyakan syarikat penerbangan tambang murah di seluruh dunia.

Artikel Lain