suria

Gergasi Jam Tangan Swatch Beli Harry Winston Pada Harga AS$1 Bilion

ZURICH: Pembuat jam tangan remaja Swatch Group pada Isnin mengumumkan yang ia berhasrat untuk membeli sebuah lagi syarikat pembuat jam dan barangan kemas terkemuka 'Harry Winston' pada harga AS$1 bilion.

Swatch Group dalam satu kenyataan menyatakan yang ia akan membayar AS$750 juta untuk membeli kepentingan saham dalam Harry Winston dan memperuntukkan sejumlah AS$250 juta lagi untuk mengambil alih bebanan hutang syarikat berkenaan.

Bagaimanapun pengambil alihan itu yang masih lagi menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa tidak melibatkan lombong berlian di bawah Harry Winston Diamond Corporation.

Di bawah pelan itu, Swatch akan mengambilalih kesemua jenama Harry Winston dan kesemua aktiviti dan pembuatan berkaitan barangan kemas dan juga perniagaan jam termasuklah 535 kakitangannya di seluruh dunia.

Pengerusi Swatch, Nayla Hayek berkata, pengambilalihan itu membawa makna besar kepada firma berkenaan kerana ia bakal memberi tambah nilai kepada segmen prestij Swatch Group.

"Berlian masih menjadi teman karib wanita dan itu adalah tambah nilai yang berprestij untuk kumpulan kami," ujarnya.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif Harry Winston, Robert Gannicott pula berkata; "Jenama Harry Winston kini telah memiliki rumah baru yang dapat menyalurkan sokongan skil dan juga potensi yang ia wajar terima selama ini."

Artikel Lain