suria

Bakal Pengantin Disyarat Buat Akuan Sumpah

NEW DELHI: Pasangan yang mahu mendaftarkan perkahwinan di barat daya New Delhi akan diminta membuat akuan bersumpah bahawa mereka tidak akan melakukan ujian mengenal pasti jantina anak di dalam kandungan, bermula bulan ini.

Inisiatif ini dikemukakan jawatankuasa penasihat daerah dalam usaha menghalang pengguguran janin perempuan. Pada mesyuarat yang dipengerusikan timbalan pesuruhjaya Vikas Anand minggu lalu, jawatankuasa itu juga memutuskan untuk mewajibkan semua wanita hamil memberikan alamat dan salinan kad pengenalan ketika mendaftar di hospital bagi memastikan kelahiran direkodkan dengan tepat.

Setakat ini kawasan barat daya New Delhi mempunyai nisbah jantina paling rendah iaitu 836 perempuan berbanding 1,000 lelaki ketika bancian 2011 dijalankan.

Aktivis Pusat Penyelidikan Sosial (CSR) Ranjana Kumari, berkata realiti masyarakat sudah berubah dan ibu bapa perlu faham bahawa anak perempuan kini menanggung keluarga, berkerjaya dan diberi taraf sama di dalam keluarga.

“Jika mereka tidak diletakkan pada tempat yang betul, keganasan rumah tangga akan meningkat,” katanya.

Artikel Sebelum

Turki Desak Penjelasan Perancis

Artikel Berikut

Artikel Lain