suria

Rusia Lancar Kapal Selam Nuklear Terbaru

MOSCOW: Rusia melancarkan kapal selam kelas baru yang akan digunakan untuk melaksanakan operasi strategik nuklear.

Malah, Presiden Vladimir Putin berikrar untuk meningkatkan kekuatan angkatan tentera lautnya.

Putin yang memulakan penggal enam tahunnya pada Mei 2012 memberikan penekanan bahawa Rusia melihat senjata nuklear sebagai sumber keselamatan yang pentin.

Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata Putin mula mengarahkan pembinaan kapal selam kelas Borei yang memiliki keupayaan nuklear, Yuri Dolgoruky pada 1996.

Kapal selam tersebut sudah memulakan operasinya selepas siap dibina.

Ia turut direka dengan keupayaan membawa 16 Peluru Berpandu Balistik Antara Benua (ICBM), iaitu jenis baru yang dikenali sebagai Bulava.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain