suria

Skype Gantikan Microsoft Messenger Mac Ini

SAN FRANCISCO: Microsoft pada Khamis mengumumkan pihaknya akan menamatkan komponen perbualan dalam talian Messenger menjelang 15 Mac dan menggantikannya dengan sistem telefoni Internet Skype yang diambil alih tahun lalu.

“Anda dibenarkan menghantar pesanan ringkas dan perbualan video...seperti sebelumnya, selain menemui kaedah baru untuk kekal bersama Skype di platform mudah alih termasuk tablet,” kata Microsoft dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain