suria

Kes Rogol Wanita India: Tiga Suspek Mengaku Tidak Bersalah

NEW DELHI: Tiga suspek yang dipercayai terlibat merogol dan membunuh seorang wanita di dalam sebuah bas di New Delhi mengaku tidak bersalah, kata peguam mewakili tertuduh.

"Mereka tidak bersalah," kata Monohar Lal Sharma.

Lima lelaki didakwa menyerang seorang wanita berusia 23 tahun dan teman lelakinya di dalam sebuah bas yang bergerak di ibu negara India.

Mangsa yang dirogol beramai-ramai dan dipukul menggunakan batang besi pada 16 Disember lalu itu meninggal dunia akibat mengalami kecederaan dalaman yang teruk.

Mangsa rogol tidak didedahkan identitinya di India dan kes perbicaraan ditutup kepada media.

Sharma memberitahu dia mewakili pemandu bas Ram Singh, adik kepada Singh, Mukesh dan seorang lagi tertuduh, Akshay Thakur.

Seorang lagi peguam lain, V.K. Anand berkata, dia turut mewakili pasangan adik beradik itu.

Namun, masih belum dapat dipastikan sama ada seorang lagi defendan diwakili peguam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain