suria

Pesawat Japan Airlines Alami Masalah Bocor Bahan Api

BOSTON: Pesawat Japan Airlines (JAL) yang berlepas ke Tokyo dilaporkan mengalami masalah kebocoran bahan api sebaik saja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa logan, Boston pada Selasa.

Ia merupakan kali kedua pesawat milik syarikat penerbangan tersebut mengalami masalah.

Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang Massachusetts, Richard Walsh berkata pesawat Boeing 787 itu terpaksa ditunda semula ke pintu pelepasan pada Selasa selepas kira-kira 150 liter minyak dilaporkan bocor.

Beliau berkata, pesawat tersebut membawa 178 penumpang dan 11 anak kapal.

Sementara itu, jurucakap JAL berkata, pesawat tersebut disahkan mengalami masalah mekanikal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain