suria

Lima Maut Dalam Pertempuran Di Syria

DAMSYIK: Lima orang awam terbunuh dalam pertempuran di sekitar kem pelarian Palestin di ibu negara Syria pada Rabu, kata seorang pemerhati.

Sementara itu, Menteri Penerangan Omran al-Zohbi, menggesa pemimpin pembangkang menyertai dialog keamanan yang ditawarkan oleh Presiden Bashar al-Assad, walaupun penduduk tempatan dan kumpulan pemberontak menolak cadangan itu.

Dalam serangan itu, empat orang terbunuh manakala mangsa kelima ditembak oleh individu bersenjata ketika pertempuran tercetus antara tentera kerajaan dan pemberontak berhampiran kem pelarian Yarmuk, selatan Damsyik, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain