suria

Suhu Di Australia Cecah 50 Darjah Selsius

SYDNEY: Australia mencatat rekod tertinggi suhu iaitu mencecah 50 darjah selsius sehingga memaksa Biro Meteorologi mengisytiharkan amaran baru kepada para penduduk di kawasan yang terlibat.

Australia Tengah merupakan kawasan yang paling teruk dilanda cuaca panas iaitu sehingga 50 darjah selsius sehingga Isnin depan.

Ketua Unit Pengawasan Iklim dan Ramalan Cuaca, David Jones memberi gambaran bahawa rekod suhu tertinggi negara itu mungkin akan dipecahkan minggu depan apabila sesetengah kawasan mencapai tanda 'merah jambu' iaitu kod untuk suhu yang mencapai antara 52 hingga 54 darjah selsius.

Rekod suhu tertinggi Australia ialah 50.7 darjah selsius yang dicatatkan pada Januari 1960 di Oodnadatta di negeri Australia Selatan.

Buat masa ini suhu tertinggi telah dicatatkan pada Isnin iaitu 40.33 darjah selsius. Suhu tertinggi sebelum itu ialah 40.17 darjah selsius yang dicatatkan pada tahun 1972.

Di bandar Sydney iaitu bandar pelancongan paling popular di Australia, suhu telah mencecah 42 darjah selsius.

Lebih dari 100 kebakaran telah dicatatkan di sekitar New South Wales, iaitu negeri yang paling padat di Australia manakala di Pulau Tasmania, lebih 100 buah rumah telah musnah dalam kebakaran yang berpunca dari semak samun di kawasan belukar dan hutan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain