suria

Presiden Malta Bubar Parlimen, PRU 9 Mac

VALLETTA, Malta: Presiden Malta membubarkan Parlimen dan menetapkan tarikh pilihan raya umum negara itu pada 9 Mac.

Pengumuman mengenai pilihan raya pada Isnin itu sudah dijangka sejak kerajaan di negara pulau zon Eropah kehilangan satu undi semasa pembentangan bajet pada 10 Disember lalu.

Perdana Menteri, Lawrence Gonzi dan ketua pembangkang, Joseph Muscat, merancang untuk memaklumkan kepada anggota parti pada Isnin bagi memulakan kempen masing-masing. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain