suria

Pengkritik Seni Bina Louise Huxtable Meninggal Dunia

NEW YORK: Seorang wanita yang kecewa dengan cinta dan meluahkannya melalui karya dan pernah dianugerahkan sebagai pengkritik seni bina, Louise Huxtable telah meninggal dalam usia 91 tahun.

Peguam beliau, Robert Shapiro, berkata Huxtable meninggal dunia pada Isnin di Memorial Sloan-Kettering Cancer Center di Manhattan.

Huxtable mula bekerja di The New York Times pada tahun 1963 dan berperanan memberi kritikan seni bina untuk akhbar Amerika. Ketika itu juga dia pernah memenangi tempat pertama Hadiah Pulitzer bagi kritikan, pada tahun 1970.

Huxtable, kemudian berpindah ke The Wall Street Journal dan sempat menerbitkan beberapa artikel bulan lepas.

Suaminya meninggal dunia pada tahun 1989. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain