suria

Pembukaan Lapangan Terbang Berlin Baru Ditangguh Lagi

BERLIN: Pembukaan lapangan terbang utama Berlin yang baru ditangguh lagi selepas beberapa penangguhan, lapor media pada Isnin, sekali gus memalukan seluruh bandar itu dan datuk bandarnya.

khbar harian Bild berkata, lapangan terbang itu pada awalnya dijadualkan dibuka pada Jun 2012 kini dikatakan akan dibuka pada tahun depan, melewatkan lagi penangguhan yang sepatutnya ditetapkan pada 27 Oktober 2013.

“Apakah skandal yang berlaku? Ibu negara (Berlin) memperbodohkan seluruh negara,” lapor Bild, yang menunjukkan dokuman lapangan terbang itu mengatakan kemungkinan ia akan dibuka paling awal pada 2014 berikutan masalah pembinaan.

Masalah yang berlaku di salah satu projek pembinaan terbesar di Jerman menjejaskan reputasi datuk bandar, Klaus Wowereit yang didakwa tidak cekap dan tidak bijak menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bangunan dalam lapangan terbang baru itu.

Penangguhan terbaru disebabkan oleh sistem kebakaran yang dibina dengan cara yang berbeza daripada apa yang dispesifikasi dalam permit bangunan, lapor Bild lagi. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain