suria

Wanita Patah Kaki Ditolak Ke Landasan Kereta Api Bawah Tanah

VIENNA: Polis berkata, seorang lelaki menolak seorang wanita ke landasan kereta api bawah tanah di Vienna, menyebabkan wanita itu mengalami patah kaki dan perkhidmatan tren terhenti apabila pekerja bergegas menghentikan pengangkutan awam iyu sebelum tiba di stesen berkenaan.

Menurut satu kenyataan polis, lelaki itu mengadu diganggu oleh perbualan telefon wanita itu yang sangat bising, dia memukul wanita itu sebelum menolaknya ke landasan.

Tren berhenti selepas pekerja kereta api bawah tanah menekan brek kecemasa, kurang seminit sebelum ia dijadualkan tiba di stesen itu.

Penyiar ORF berkata, lelaku itu mengatakan kata kesat bersifat berkauman sebelum menolak wanita itu yang merupakan kulit hitam. - AP

Artikel Lain