suria

Suspek Kes Rogol India Hadiri Prosiding Mahkamah

NEW DELHI: Lima lelaki yang dituduh merogol dan membunuh seorang pelajar di ibu negara India tiba di mahkamah untuk prosiding pra-perbicaraan.

Polis mendakwa lelaki berkenaan kerana membunuh, merogol dan melakukan jenayah lain yang boleh mengakibatkan hukuman mati.

Jenayah yang berlaku itu menyebabkan kemarahan seluruh negara sehingga berlakunya bantahan secara besar-besaran.

Selepas pendengaran pada Isnin, Majistret Namrita Aggarwal dijangka akan menyerahkan kes mereka untuk dipercepatkan untuk perbicaraan.

Suspek yang keenam berusia 17 tahun akan dibawa ke mahkamah juvenil di mana hukuman maksimum adalah peralihan selama tiga tahun.

Pendakwa Rajiv Mohan pada minggu lepas berkata, ujian DNA mengesahkan bahawa darah mangsa sepadan dengan kesan darah pada baju kesemua yang dituduh. - AP

Artikel Lain