suria

Mahama Angkat Sumpah Sebagai Presiden Ghana Baru

John Dramani Mahama. Foto EPA
John Dramani Mahama. Foto EPA
John Dramani Mahama. Foto EPA

ACCRA, Ghana: John Dramani Mahama akan mengangkat sumpah pada Isnin sebagai Presiden Ghana yang baru di majlis yang dihadiri para pemimpin serantau dan dunia berikutan kemenangan tipisnya dalam pilihan raya pada bulan lepas.

Pembangkang bagaimanapun mempertikaikan keputusan itu.

Mahama, bekas naib presiden negara itu mula dalam kepimpinan pada Julai lalu berikutan kematian Presiden, John Atta Mills, yang dipilih dengan majoriti 50.7 peratus dalam pilihan raya yang diadakan pada Disember lalu.

Pesaing utamanya, Nana Akufo-Addo, memenangi 47.7 peratus, menurut badan pilihan raya negara itu.

Mahama berjanji untuk membangunkan lebih banyak sekolah dan hospital serta menambah baik sistem penjagaan kesihatan negara itu. - AP

Artikel Lain