suria

Lalu Lintas Penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Meningkat 4.2 Peratus Pada 2012

BEIJING: Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital mengendalikan 81.8 juta pergerakan penumpang tahun lepas, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 4.2 peratus secara perbandingan tahun ke tahun.

Dengan itu, ia mengekalkan kedudukannya sebagai lapangan terbang kedua paling sibuk di dunia tahun lepas dari segi lalu lintas penumpang, kata Beijing Capital International Airport, dalam satu kenyataan.

Semasa musim puncak perjalanan tahun lepas, bilangan penumpang harian melebihi 278,000, demikian menurut laporan agensi berita Xinhua.

Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital ialah hab penerbangan utama bagi 94 syarikat penerbangan yang mengadakan penerbangan ke 236 destinasi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain