suria

Dua Pemain Ski Terbunuh Dalam Runtuhan Gunung Alps

ROME: Penyelamat menemui mayat dua pemain ski warga Itali yang terbunuh dalam runtuhan pergunungan Alps di Itali.

Agensi berita Itali, ANSA berkata, para penyelamat menjumpai mayat itu pada malam Sabtu berhampiran sebuah tasik kira-kira 10 jam selepas runtuhan berlaku, tetapi terpaksa menunggu sehingga waktu siang pada Ahad untuk mengeluarkan mayat.

Runtuhan itu berlaku dekat bandar Moeno di Val di Fiemme, sebuah lembat di kawasan Selatan Tyrol.

Berhampiran dengan kawasan kejadian, terdapat satu lagi runtuhan yang berlaku ketika empat rakyat Itali sedang mengembara berjalan kaki selepas bermain ski.

Kesemuanya terselamat, dengan seorang daripadanya mengalami patah kaki, lapor ANSA. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain