suria

Chavez Dibenarkan Terajui Venezuela Tanpa Angkat Sumpah 10 Januari

CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez yang menghidap kanser dibenarkan untuk terus memimpin negara itu walaupun beliau tidak dapat mengangkat sumpah jawatan pada 10 Januari ini, seperti yang dijadualkan.

Naib Presiden Venezuela, Nicolas Maduro sambil memegang salinan perlembagaan dalam temubual televisyen berkata, presiden dibenarkan mengangkat sumpah di Mahkamah Persekutuan pada tarikh yang ditetapkan kemudian.

"Ia membuka ruang yang boleh dinilai berdasarkan budi bicara serta dinamik, iaitu elemen asas yang wajar dihormati dalam pembentukan negara ini; di mana presiden republik sudah dipilih semula berdasarkan kehendak majoriti rakyat.

"Ia adalah telus dan dipilih menerusi pilihanraya yang sah," katanya di sini, hari ini. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain