suria

Sembilan Calon Bagi Jawatan Ketua Pengarah WTO

SINGAPURA: Sembilan nama telah dicalonkan oleh kerajaan masing-masing bagi jawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) untuk menggantikan Ketua Pengarah sekarang, Pascal Lamy, yang tempoh perkhidmatannya tamat pada 31 Ogos, 2013.

Calon-calon itu ialah Alan John Kwadwo Kyerematen (bekas Menteri Perdagangan Ghana), Anabel González (Menteri Perdagangan Luar Negara Costa Rica), Mari Pangestu (Menteri Perdagangan Indonesia), Tim Groser (Menteri Perdagangan New Zealand) dan Duta Amina Mohamed (Ghana).

Yang lainnya ialah Ahmad Hindawi (bekas Menteri Industri dan Perdagangan Jordan), Herminio Blanco (Menteri Perdagangan dan Industri Mexico), Taeho Bark (Menteri Perdagangan Republik Korea), dan Duta Roberto Carvalho de Azevêdo (Brazil).

Dalam satu kenyataan, pertubuhan dunia itu berkata, sejajar dengan prosedur WTO bagi pelantikan Ketua Pengarah, tempoh pencalonan ditutup pada 31 Dis, 2012.

Katanya satu mesyuarat Jawatankuasa Am akan diadakan pada 29 Jan, 2013 untuk calon-calon memperkenalkan diri kepada ahli-ahli jawatankuasa.

Proses pemilihan akan selesai dengan satu keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa itu tidak lewat daripada 31 Mei, 2013. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain