suria

Lima Pekerja Maut, Struktur Konkrit Bangunan Tempat Letak Kereta Runtuh

BEIJING: Pihak berkuasa China mengesahkan lima pekerja terbunuh manakala 18 lagi cedera apabila struktur konkrit sebuah bangunan tempat letak kereta di Shanghai yang dalam pembinaan runtuh.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 9 malam pada sambutan Tahun Baru.

Media tempatan China memberitahu punca runtuhan masih lagi dalam siasatan.

Tahap keselamatan di tapak pembinaan tersebut masih kekal cabaran buat China di mana peraturan-peraturan sering diabaikan.

Artikel Lain