suria

27 Banduan Melarikan Diri Dari Penjara Peru

LIMA: Sekurang-kurangnya 27 banduan di sebuah pusat tahanan juvana di Peru melarikan diri apabila rusuhan kecil berlaku ketika sambutan Tahun Baru 2013 diadakan oleh pengawal penjara.

Kumpulan pertama seramai 13 banduan berjaya membebaskan diri pada malam tahun baru.

Manakala kumpulan kedua dengan 14 orang melarikan diri lewat malam Selasa apabila sebuah lori tangki memasuki kawasan penjara, kata pendakwa Jorge Sanz.

Bagaimanapun, polis berjaya menahan semula lapan daripada mereka.

Berikutan itu, penjaga penjara dipecat dan beberapa pengawal dipindahkan ke penjara lain.

Namun, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian.

Artikel Lain