suria

Kanak-Kanak Maut, 200 Cedera Manila Berpesta Tembakan

MANILA: Sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak berusia empat tahun terbunuh manakala 200 lagi cedera apabila sambutan malam Tahun Baru dicemari dengan pergaduhan dan tembakan di ibu negara Filipina, lewat malam Isnin.

Ketua Superintendan Leonardo Espina berkata, kanak-kanak berkenaan mati apabila terkena tembakan oleh individu bersenjata ketika sedang bermain di luar rumahnya di daerah pinggir kota Mandaluyong, Manila.

Katanya, polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pemilik senjata berkenaan.

"Sehingga kini, kami sudah menahan 10 individu yang melepaskan tembakan. Kebanyakan mereka adalah pengawal keselamatan swasta yang mabuk," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain