suria

Qatar Airways, Gulf Air Dapat Lesen Operasi Penerbangan Domestik Di Arab Saudi

JEDDAH: Jabatan Penerbangan Awam Arab Saudi menganugerahkan lesen kepada Qatar Airways dan Gulf Air Air untuk mengendalikan penerbangan domestik di negara itu.

Syarikat penerbangan bagi dua negara jiran itu akan menjadi syarikat penerbangan asing pertama yang menjalankan operasi bagi penerbangan domestik di negara yang kaya dengan minyak itu, bersaing dengan syarikat penerbangan negara itu Saudia dan syarikat penerbangan tambang rendahnya, NAS.

“Bidaan terbaik daripada Gulf Air dan rakan niaganya, Qatar Airways,” kata ketua pihak berkuasa Jabatan Penerbangan Awam dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, 14 syarikat penerbangan bersaing untuk mendapatkan lesen berkenaan, sambil menambah bahawa keputusan tersebut mengambil kira pengalaman syarikat berkenaan dalam pengangkutan udara, serta kecekapan operasi dan kemampanan dari segi kewangan.

Arab Saudi mempunyai bilangan penduduk lebih 27 juta ornag, termasuk kira-kira 8.5 juta warga asing.

Negara itu mempunyai empat lapangan terbang antarabangsa dan 22 lapangan terbang domestik. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain