Penyerang Kes Rogol Berkumpulan Di India Hadapi Pertuduhan - Dunia | mStar

Penyerang Kes Rogol Berkumpulan Di India Hadapi Pertuduhan

NEW DELHI: Polis India mendakwa enam lelaki kerana membunuh pada Sabtu, beberapa jam selepas seorang wanita yang merupakan mangsa rogol dan dipukul secara beramai-ramai di dalam bas di New Delhi, meninggal dunia di hospital Singapura.

Jurucakap polis di New Delhi, Rajan Bhagat berkata, keenam-enam mereka berhadapan dengan hukuman mati sekiranya disabit kesalahan, dalam kes yang mencetuskan bantahan di seluruh India untuk perlindungan lebih besar bagi wanita daripada keganasan seksual, dan menimbulkan persoalan mengenai kelonggaran tindakan polis terhadap jenayah seksual.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh berkata, beliau menyedari tentang emosi banyak pihak yang timbul ekoran serangan itu , sambil menambah ia terpulang kepada semua masyarakat di India untuk memastikan bahawa kematian wanita muda itu tidak akan sia-sia.

Mangsa "meninggal dunia secara aman" pada awal Sabtu di Hospital Mount Elizabeth di Singapura bersama dengan keluarga dan para pegawai Kedutaan India di sisinya, kata Ketua Eksekutif hospital, Dr Kevin Loh dalam satu kenyataan.

Selepas berada selama 10 hari di sebuah hospital di New Delhi, wanita itu dibawa ke Hospital Mount Elizabeth yang pakar dalam pemindahan pelbagai organ pada Khamis.

Loh berkata, wanita itu berada dalam keadaan yang sangat kritikal sejak Khamis, dan bertambah teruk pada lewat Jumaat, dengan tanda-tanda yang semakin merosot.

“Walaupun semua usaha oleh pasukan terdiri daripada lapan pakar di Hospital Mount Elizabeth untuk memastikannya stabil, tetapi keadaannya terus merosot dalam tempoh dua hari ini,” kata Loh.

"Dia mengalami masalah di mana organnya tidak berfungsi berikutan kecederaan serius pada badan dan otaknya. Dia berani bertarung nyawa sejak sekian lama, tetapi trauma pada badannya terlalu teruk untuk mengatasinya,” katanya lagi.

Pelajar perempuan itu yang bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenal pasti, berada di dalam bas di New Delhi selepas menonton filem pada petang 16 Disember apabila mereka diserang oleh enam lelaki yang merogolnya.

Pasangan itu dipukul dan kumpulan lelaki itu memasukkan batang besi ke dalam badan wanita itu sehingga menyebabkan kerosakan organ yang teruk.

Kedua-duanya ditelanjangkan dan dicampakkan daripada bas, kata polis.

Polis India menahan enam orang berkaitan dengan serangan itu, yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dalaman yang teruk, jangkitan paru-paru dan kerosakan otak.

Pelajar perempuan itu juga mengalami serangan jantung semasa di hospital di New Delhi. - AP

Artikel Sebelum

Mayat Mangsa Rogol Beramai-Ramai Dibakar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain