suria

Bot Karam, 22 Maut, 69 Lagi Masih Hilang

BISSAU: Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh manakala 69 lagi hilang selepas bot yang mereka naiki karam di kawasan laut Guinea-Bissau, Jumaat.

Seramai 97 penumpang dilapor menaiki bot tersebut yang dalam perjalanan dari pulau Boloma di Lautan Atlantik ke Bissau.

Seorang anggota penyelamat yang tidak mahu mendedahkan identitinya berkata, mereka menemui 22 mayat dan berjaya menyelamatkan enam orang.

Insiden tersebut dipercayai berlaku akibat bot berkenaan membawa lebih muatan.

Sementara itu, keadaan ombak kuat di kawasan terbabit turut menyukarkan aktiviti mencari dan menyelamat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain