suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Terbunuh Dalam Nahas Bas Di Nepal

KATMANDU, Nepal: Sebuah bas yang membelok secara tiba-tiba ketika melalui kawasan bukit terjunam ke sungai di barat Nepal, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang dan 19 yang lain cedera parah.

Pegawai polis, Binod Ghimire berkata, bus itu membelok secara tiba-tiba di jalan dekat kampung Dhasrathpur dan terbabas sejauh 50 meter sebelum terjunam ke sungai Gam pada Jumaat pagi.

Kawasan kejadian terletak kira-kira 400 kilometer barat laut dari ibu negara, Katmandu.

Anggota polis dan tentera menjalankan kerja-kerja menyelamat.

Kemalangan jalan raya sering berlaku di Nepal di mana kebanyakannya disebabkan oleh penyelenggaraan jalan dan kenderaan yang lemah. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain