suria

Myanmar Benarkan Akhbar Harian Terbitan Swasta

YANGON, Myanmar: Kerajaan Myanmar pada Jumaat berkata, ia membenarkan akhbar harian diterbitkan secara swasta bermula April buat pertama kali sejak tahun 1964, sekali gus membolehkan kebebasan bersuara berlaku di negara itu.

Kementerian Penerangan mengumumkan perkara itu di laman webnya bahawa mana-mana warganegara Myanmar bercadang untuk menerbitkan akhbar harian boleh menghantar permohonan pada Februari.

Akhbar baru itu akan boleh diterbitkan pada 1 April dalam mana-mana bahasa.

Langkah itu merupakan antara yang dijangka oleh Presiden bagi kebebasan media, Thein Sein yang memperkenalkannya sebagai sebahagian daripada perubahan demokratik yang meluas sejak mengambil alih jawatan itu pada tahun lepas.

Ogos lalu, kerajaan memansuhkan penapisan media dan wartawan tidak perlu lagi menghantar kerja mereka kepada jabatan penapisan negara sebelum penerbitan boleh dilakukan, yang selama ini dibuat selama hampir separuh abad. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain