Mangsa Rogol Berkumpulan India Jalani Rawatan Di Singapura - Dunia | mStar

Mangsa Rogol Berkumpulan India Jalani Rawatan Di Singapura

Hospital Mount Elizabeth. Foto EPA
Hospital Mount Elizabeth. Foto EPA

SINGAPURA: Seorang gadis yang menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan lelaki dalam sebuah bas yang bergerak di ibu negara India telah diterbangkan ke hospital Singapura pada Khamis untuk menjalani rawatan berikutan mengalami beberapa kecederaan dalaman yang teruk, yang boleh bertahan dalam beberapa minggu, kata pegawai.

Pelajar yang berusia 23 tahun itu kini dalam keadaan kritikal, tiba di Singapura dan dibawa menggunakan ambulans serta dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, yang terkenal dengan kemudahan pemindahan pelbagai organ.

Hospital itu dalam satu kenyataan berkata, gadis itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) “dalam keadaan yang sangat kritikal”.

Ia berkata, “dia sedang diperiksa dan hospital sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi India (kedutaan).”

Gadis itu dirogol pada 16 Disember lalu dan kekejaman itu mencetuskan bantahan secara meluas di New Delhi dan bahagian-bahagian lain di India yang mendesak supaya hukuman mati dilaksanakan ke atas pesalah rogol itu.

Semua enam suspek dalam kes itu telah ditangkap. - AP

Artikel Berikut

Myanmar Benarkan Akhbar Harian Terbitan Swasta

Artikel Berkaitan

default image

Rusia Lancar Kapal Selam Nuklear Terbaru

default image

Salji Tebal Menyelimuti Baitulmuqadis

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain