suria

Laut China Selatan, Gangnam Style Dahului Senarai Program TV 'Asean Today' Disember

JAKARTA: Isu kawasan di Laut China Selatan yang menjadi kebimbangan Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitsuwan yang bakal menamatkan khidmatnya, mendahului senarai program TV "ASEAN Today" edisi Disember 2012.

Dalam episod ini, Dalton Tanonaka dari Metro TV, Indonesia dan Sarah Rabiatul Kamit dari Brunei Times di Bandar Seri Begawan melaporkan mengenai penduduk dan tempat-tempat di rantau Asia Tenggara.

Turut dimasukkan dalam program bulan ini ialah perancangan perniagaan serantau pembuat-pembuat kereta antarabangsa, artis seni pentas Indonesia Butet Kartaredjasa, lawatan oleh superstar Psy dari Korea Selatan, dan panda gergasi yang kini ditempatkan di Singapura, menurut Sekretariat Asean dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Ini merupakan episod ke-14 dalam siri informatif dan hiburan, dan juga boleh ditonton di YouTube serta stesen-stesen penyiar Asean termasuk Channel NewsAsia, Singapura dan Metro TV, Indonesia.

"ASEAN Today" ialah penerbitan bersama Sekretariat Asean dan Metro TV. Sesetengah daripada bahan disediakan oleh stesen-stesen penyiaran negara anggota. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain