suria

Kebakaran Di Manila, Tujuh Terbunuh, Beribu-Ribu Hilang Tempat Tinggal

MANILA: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan beribu-ribu kehilangan tempat tinggal apabila dua kebakaran melanda bandar Filipina pada Hari Krismas, mencetuskan rusuhan dalam kebakaran, kata Marshal Kebakaran Manila, Selasa.

Enam mayat telah ditemui dan dua yang lain hilang dalam kebakaran yang meletus pada waktu subuh di deretan pangsapuri lama di seksyen Baler, utara Manila, kata Ketua Superintendan Santiago Laguna.

Dalam pada itu, orang yang disyaki mencetuskan kebakaran melakukan kebakaran kedua di kota seberang bandar, mencetuskan rusuhan yang telah menyebabkan seorang lelaki mati dan dua yang lain ditahan, katanya dalam satu temu bual yang disiarkan melalui radio DZBB.

"Mereka (penduduk) mula merampas hos daripada anggota bomba yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka takut dengan keselamatan mereka sendiri," kata Laguna.

Seorang lelaki telah dipukul dan kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

"Mereka menyangka dia anggota bomba," katanya mengenai mangsa, sambil menambah dua yang disyaki penunjuk perasaan juga telah ditangkap.

Laguna berkata penduduk kelihatan marah dengan kelewatan anggota bomba.

Bagaimanapun beliau berkata penduduk sendiri perlu disalahkan.

"Kerata bomba kami mempunyai kesukaran memasuki jalan-jalan sempit yang telah disekat oleh kereta-kereta," katanya.

"Anggota bomba kami terpaksa mengheret hos ke lorong-lorong, di mana mereka telah diserang."

Kebakaran meninggalkan kira-kira 2,000 keluarga kehilangan tempat tinggal.

Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian menyaksikan beratus-ratus mangsa berkampung di tingkat dua gelanggang bola keranjang berhampiran.

Laguna berkata punca kebakaran pangsapuri adalah di bawah siasatan, sambil berkata penggunaan litar elektrik mungkin terlalu banyak dan meningkat semasa Krismas yang melibatkan 14 juta orang penduduk. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain