suria

Mexico City Tawar Tukaran Wang, Permainan Untuk Serahan Senjata

Seorang tentera sedang menguruskan senjata yang diserahkan oleh pemiliknya yang mana ia merupakan sebahagian daripada progam kerajaan yang membuat pertukaran wang tunai, kelengkapan komputer dan permainan di kawasan kejiranan Iztapalapa di Mexico City. Foto AP

MEXICO CITY: Mexico City menaja sebuah program yang menawarkan wang tunai, permainan dan kelengkapan komputer sebagai pertukaran dengan senjata di kawasan kejiranan yang berbahaya di mana seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dibunuh oleh peluru sesat dalam sebuah pawagam.

Program itu diadakan di bandar Iztapalapa yang dinamakan “Untuk Keluarga Anda: Pelucutan Senjata Sukarela”.

Presiden bandar itu, Jesus Valencia menulis di akaun Twitter milinya pada Isnin menyatakan bahawa penduduknya telah menyerahkan 27 senapang dan 65 pistol.

Bandar itu dibelenggu oleh keganasan jenayah dan orang melepaskan tembakan ke udara semasa acara sambutan dan konsert.

November lalu, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ditembak di kepala menggunakan peluru 9-mm ketika menontoh filem Disney “Wreck-It Ralph”.

Pendakwa raya berkata, tembakan itu dilepaskan di luar pawagam, dan peluru dijumpai di atas bumbung. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain