suria

Polis Tutup Jalan Di New Delhi Hentikan Protes Kes Rogol

Seorang penunjuk perasaan melaungkan slogan kepada seorang anggota polis semasa demonstrasi bagi mendesak supaya perlindungan lebih baik ke atas wanita berikutan kes rogol seorang pelajar pada minggu lepas, di hadapan tugu peringatan India Gate di New Delhi, India. Foto AFP

NEW DELHI: Pihak berkuasa menutup jalan-jalan di ibu negara India itu bagi menghentikan demonstrasi selama seminggu terhadap kes rogol beramai-ramai terhadap seorang perempuan dalam bas yang sedang bergerak.

Beribu-ribu polis dan tentera bersenjata mengadakan sekatan jalan di New Delhi pada Isnin bagi menghalang penunjuk perasaan daripada berarak ke istana presiden.

Perdana Menteri, Manmohan Singh memohon supaya mereka bertenang dan berjanji bahawa kerajaan akan mengambil tindakan untuk membanteras jenayah terhadap wanita.

Singh berkata, “Kemarahan terhadap jenayah ini mempunyai alasan yang kukuh, tetapi keganasan yang dilakukan tidak memberi apa-apa tujuan.”

Timbul kemarahan orang ramai di seluruh India berhubung kes rogol oleh sekumpulan lelaki pada 16 Disember lalu sehingga menyebabkan mangsa dalam keadaan kritikal di hospital.

Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air serta memukul penunjuk perasaan dengan baton semasa protes berlaku pada hujung minggu lepas. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain