suria

Kereta Dipandu Lelaki Rempuh Sekumpulan Pelajar, 13 Cedera

BEIJING: Seorang lelaki di utara China memandu kereta yang dimuatkan dengan tong gas dan bunga api merempuh sekumpulan pelajar sekolah menengah, mencederakan 13 orang, menjadikannya serangan terbaru terhadap pelajar di negara itu.

Lelaki itu dalam cubaannya untuk membuat letupan di Sekolah Menengah Fengning No.1 di wilayah Hebei pada Isnin, kata Agensi Beria Xinhua.

Lelaki itu kini ditahan oleh pihak polis.

Xinhua tidak mengenal pasti lelaki berkenaan, tetapi berkata anak perempuannya dibunuh dalam satu kes disyaki dibunuh tiga tahun lalu dan dia mempunyai sejarah melaporkan aduan kepada pihak berkuasa.

Xinhua berkata, lelaki itu tidak bertindak di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Para pelajar yang cedera dimasukkan ke hospital. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain