suria

Presiden Baru Korea Selatan Hadapi Ujian Pertama Berhadapan Korea Utara

SEOUL: Presiden wanita pertama Korea Selatan Park Geun-Hye akan berjuang untuk memenuhi ikrar pada pilihan raya akan memulihkan semula hubungan dengan Korea Utara yang membangkitkan kemarahan global atas pelancaran roket Pyongyang baru-baru ini, kata penganalisis Khamis.

Park yang juga merupakan anak perempuan bekas tentera pemerintah Park Chung Hee, memenangi pilihan raya dengan kemenangan tipis tetapi bersejarah pada Rabu iaitu sebagai presiden wanita pertama di negara tersebut.

Cabaran utama beliau adalah untuk menangani isu-isu seperti memulihkan kelembapan ekonomi, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan membiayai beban yang semakin meningkat.

Namun, tumpuan antarabangsa adalah ingin melihat pendirian beliau terhadap Korea Utara apabila Majlis Keselamatan PBB sedang berjuang untuk mencari kata sepakat bagi mengambil tindakan atas pelancaran roket minggu lepas.

Pelancaran roket tersebut, dilabel sebagai misi satelit aman oleh Korea Utara dan telah dikutuk oleh kebanyakan masyarakat antarabangsa sebagai ujian peluru berpandu yang melanggar resolusi PBB.

Semasa kempen, Park dengan dasar tegas berbeza dengan dasar bekas Presiden Lee Myung-Bak dan melihat keperluan mereka untuk penglibatan yang lebih besar dengan Korea Utara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain