suria

Suspek Pengganas Bunuh Tiga Polis Indonesia

JAKARTA: Tiga pegawai polis terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan suspek militan di Sulawesi pada Khamis.

Pertempuran itu berlaku ketika kira-kira 10 hingga 15 lelaki bersenjata menyerang polis yang melakukan rondaan di perkampungan Kolora di daerah Poso.

Menurut jurucakap polis Indonesia, Boy Rafli Amar, tiga anggota polis yang lain turut cedera dalam insiden itu sebelum kumpulan militan itu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

"Mereka yang cedera telah dikejarkan ke hospital di Palu," kata Amar.

Beliau mengenal pasti kesemua mangsa berpangkat sarjan dari unit khas.

Sementara itu, sembilan anggota polis yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Salah seorang penyerang berjaya ditahan.

Namun, Amar tidak mendedahkan dengan lebih terperinci identiti suspek.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain