suria

Singapura Bina Kemudahan Untuk Ujian Teknologi Bangunan Mesra Alam

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) Singapura memeterai perkongsian dengan Lawrence Berkeley National Laboratory (Berkeley Lab) yang berpangkalan di AS, untuk membina kemudahan untuk tempat ujian teknologi bangunan hijau.

Kerjasama berkenaan penting untuk membangunkan inovasi baru dan penyelesaian bagi kecekapan tenaga bangunan di Singapura, sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dan menyumbang kepada kemampanan persekitaran dibina.

Dalam satu kenyataan, BCA berkata kemudahan baru itu yang dibina di Akademi BCA, akan berdasaran model bangunan Berkeley Lab, FLEXLAB (Kemudahan untuk Ujian Tenaga Rendah Dalam Bangunan) yang terletak di Berkeley Hills.

Walaupun terdapat perbezaan dari segi saiz dan skop disebabkan kekangan ruang, ia berkata kemudahan tempat ujian baru itu akan menjadi kemudahan penyelidikan pusingan pertama di Asia.

Semasa membina makmal baru tersebut, BCA akan bekerjasama rapat dengan Berkeley Lab untuk meneroka kepakaran mereka dalam bidang termasuk reka bentuk dan pembinaan, perolehan data dan projek penyelidikan kolaboratif.

Apabila siap pada akhir 2013, kemudahan baru itu akan membolehkan sistem bangunan dan komponen diuji dalam keadaan 'dunia sebenar' dan memudahkan penyelidik dan pengeluar mengubah konfigurasi untuk menguji unsur bangunan utama yang memberi impak penggunaan tenaga dan prestasi bangunan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain