suria

Presiden Iraq Berlepas Ke Jerman Untuk Rawatan

BAGHDAD: Presiden Iraq, Jalal Talabani akan berlepas ke Jerman bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Namun, beliau kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ahli Parlimen Kurdis, Mahmoud Othman pada Rabu berkata Talabani dikejarkan ke hospital malam Isnin lalu kerana keadaan kesihatannya membimbangkan akibat arterinya mengeras.

Awal minggu ini, pemimpin yang berusia 79 tahun itu mengalami strok.

“Keadaan kesihatannya tidak begitu baik,” katanya.

Pejabat presiden Selasa lalu turut memberi kenyataan yang memberitahu keadaan Talabani lemah.

Talabani dipilih sebagai Presiden Iraq pada tahun 2005, dalam pilihan raya pertama negara bebas dalam tempoh lebih 50 tahun.

Pada Januari lalu, beliau juga turut menjalani pembedahan tulang belakang di Jerman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain