suria

Polis Tayang Video Lelaki Serang Sekolah Di China

BEIJING: Video terbaru insiden serangan bersenjatakan pisau di sebuah sekolah rendah Cina menunjukkan seorang lelaki mengelar seorang kanak-kanak perempuan.

Kira-kira 22 kanak-kanak ditikam dalam serangan yang berlaku di wilayah Henan, minggu lalu.

Rakaman video tersebut ditayangkan oleh polis dan disiarkan dalam stesen televisyen China.

Ia menunjukkan sekumpulan kanak-kanak berlari bertempiaran kerana ketakutan sebelum lelaki tersebut yang melarikan diri dikejar oleh orang ramai.

Tiada pengawal kelihatan berada berhampiran dengan kawasan insiden.

Siaran di televisyen tidak menunjukkan rakaman dari dalam bangunan sekolah tetapi pengguna media sosial terkejut melihat imej insiden tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain