suria

Peningkatan Mangsa Pemberontakan Terbunuh di Syiria

BEIRUT: Seramai 44,063 terbunuh dalam perberontakan menentang rejim pemerintahan kerajaan pada Mac 2011 di Syria, demikian lapor badan hak asasi manusia pada Khamis.

“Sekurang-kurangnya 44,063 orang terbunuh dalam tempoh 21 bulan lalu," kata Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman.

Tambahnya, daripada jumlah itu, 30,819 membabitkan orang awam, 1,482 pemberontak, 10,978 tentera dan 784 orang lagi yang identitinya gagal dikenal pati.

Badan itu mendakwa, pemberontak mengangkat senjata api untuk menentang rejim pemerintahan sekarang.

Angka sebenar mereka yang terbunuh adalah lebih tinggi daripada anggaran yang dikeluarkan," katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain