suria

Pelanggan Bridge Alliance Kini Dapat Penyelesaian Perayuan Mobiphone Di Vietnam

SINGAPURA: Bridge Alliance, gabungan mudah alih utama Asia Pasifik mengumumkan Vietnam Mobile Telecom Services Co (MobiFone), iaitu salah satu pengendali mudah alih terbesar di Vietnam, sebagai anggota ke-12nya.

Dalam satu kenyataan, katanya asas pelanggan kumpulan itu yang disatukan kini lebih 470 juta pelanggan mudah alih, sambil mengukuhkan kedudukannya sebagai perkongsian mudah alih serantau terbesar.

MobiFone, yang ditubuhkan pada 1993, adalah penyedia perkhidmatan telekomunikasi pertama Vietnam, yang menawarkan perkhidmatan GSM 900/1800.

Syarikat itu, yang dipilih sebagai "Pengendali Pilihan" Vietnam untuk tempoh enam tahun berturut-turut sejak 2005, mempunyai asas pelanggan lebih 35 juta yang bernilai tinggi dan pantas berkembang.

Ketua Pegawai Eskekutif (CEO) MobiFone Mai Van Binh berkata: “Gabungan itu akan menyediakan kami dengan platform yang terbaik bagi bertukar-tukar kepakaran dan amalan terbaik dengan pengendali lain di rantau Asia."

CEO Bridge Alliance Alessandro Adriani pula berkata kehadiran syarikat itu di Vietnam akan mengesahkan sekali lagi dan mengukuhkan kedudukannya sebagai gabungan mudah alih terbesar di rantau itu bagi menampung perusahaan dan pelanggan pengguna.

Anggota gabungan itu terdiri daripada Air (India), AIS (Talan), CSL (Hong Kong), CTM (Makau), Glob Telekom (Filipina), Macis (Malaysia), Mobil (Vietnam), Singke Mobil (Singapura), Opus Mobil (Australia), SK Telekom (Korea Selatan), Taiwan Mobil (Taiwan) dan Teromel (Indonesia). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain