suria

Moody's: Presiden Baru Korea Selatan Warisi Ekonomi Kukuh

SINGAPURA: Moody's Investors Service berkata presiden baharu Korea Selatan, Park Geun Hye, yang dipilih Rabu, akan mewarisi ekonomi yang fundamentalnya telah bertambah baik sejak krisis kewangan global lalu, tetapi menghadapi keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Ia menjangkakan kesinambungan keseluruhan dasar ekonomi semasa Park menjadi Presiden pada Februari 2013, iaitu presiden keenam sejak demokrasi bertapak teguh pada 1988.

Ia berkata penarafan Aa3 bagi Korea dan prospek stabil mencerminkan penilaian Moody terhadap empat faktor: kekuatan ekonomi dan kedudukan kewangan kerajaan yang "sangat tinggi", kekuatan institusi yang "tinggi" dan kerapuhannya terhadap risiko daripada peristiwa kewangan, ekonomi dan politik, yang "sederhana".

Menurut laporan Moody's yang baru dikeluarkan, bertajuk "Analisis Kredit: Korea," prospek pertumbuhan jangka sederhana negara itu baik berbanding kebanyakan ekonomi maju, meskipun kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya telah menjadi perlahan disebabkan oleh krisis zon euro, langkah-langkah mengelak penguncupan oleh China, dan pemulihan ekonomi AS yang kurang bermaya.

Laporan Moody's merupakan maklumat kemas kini tentang pasaran tahunan, bukan tindakan penarafan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain