suria

PBB Hantar Kelengkapan Perlindungan Senjata Kimia ke Syria

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): PBB menghantar kelengkapan perlindungan senjata kimia untuk kegunaan anggota keselamatan pertubuhan itu di Bukit Golan susulan kebimbangan isu senjata kimia yang dimiliki Syria.

Ketua Pasukan Pengaman PBB, Herve Ladsous memberikan penerangan kepada Majlis Keselamatan PBB hari ini, berikutan insiden lima anggotanya yang cedera dalam serangan ketika operasi pemantauan di zon gencatan senjata antara Syria dan Israel.

"Kami mengambil langkah meningkatkan aspek keselamatan anggota PBB. Kepada mereka yang tidak dilengkapi dengan kelengkapan asas, PBB akan menghantar keperluan perlindungan serangan senjata kimia, sekiranya ia berlaku," katanya selepas mesyuarat Majlis Keselamatan di sini, Selasa. - AFP

Artikel Lain