suria

Lelaki Jepun Berusia 115 Tahun Orang Tertua Di Dunia

Jiroemon Kimura. -foto AP /Kyotango City
Jiroemon Kimura. -foto AP /Kyotango City
Jiroemon Kimura. -foto AP /Kyotango City

TOKYO: Datuk Bandar di Jepun menyatakan kebanggaan terhadap seorang pemastautin di bandarnya kerana menjadi orang tertua di dunia.

Berusia 115 tahun, Jiroemon Kimura mewarisi gelaran itu daripada seorang wanita Amerika yang meninggal dunia pada Isnin.

Yasushi Nakayama, Datuk Bandar Kyotango yang terletak berhampiran ibu kota purba Jepun Kyoto, mengesahkan status Kimura pada Selasa, dengan memanggilnya "kebanggaan bandar kami."

Kimura, lahir 19 April 1897, adalah 15 hari lebih muda daripada pemegang gelaran sebelumnya, Dina Manfredini, yang meninggal dunia di Iowa kurang dari dua minggu selepas mewarisi gelaran sebagai orang yang masih hidup tertua di dunia.

Kimura, bekas pekerja pos, mempunyai 14 cucu, 25 cicit dan 13 piut. Dia tinggal bersama keluarga anaknya.

Keluarga Kimura pada Selasa enggan mengulas kepada pemberita tanpa pertimbangan keluarga Manfredini.

Artikel Lain