suria

Presiden Mexico Tubuh Pasukan Polis Khas Untuk Lumpuhkan Geng Dadah

MEXICO CITY: Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto pada Selasa mengumumkan penubuhan pasukan polis negara bagi melumpuhkan jenayah membabitkan pengedaran dadah di negara itu.

Pasukan khas itu berdasarkan model ketenteraan awam dari Sepanyol, di mana kekuatan adalah 10,000 kali lebih kuat dari pasukan polis biasa.

"Mexico mahukan keamanan," kata presiden baru itu, kepada ahli kabinet, gabenor negeri, ahli parlimen dan hakim negara serta pemerhati hak asasi manusia.

Katanya, keutamaan kini adalah untuk mengurangkan bilangan kes pembunuhan, penculikan dan kejadian peras ugut. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain